![]() Assalamu'alaikum! Selamat datang ke e-interaksi kami! Pada sahabat-sahabat yang dah kenal, buatlah macam rumah sendiri yah! Pada yang belum kenal Nur Irsyad atau NI, kami ni asalnya berenam, bekas pelajar di Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah. Setelah tamat pengajian di Al-Irsyad, kami mengimport dua members baru dari Malaysia, Afham anak Kelantan dan Zaini anak Pahang. Members lama yang masih bertahan ialah Nor dan Aki. Sejauh ni, NI dah terbitkan 4 album dan setiap album dilahirkan untuk tujuan amal. Album pertama kami yang berjudul "Nur Irsyad" diterbitkan untuk mencari dana bagi pembangunan madrasah kami pada tahun 2001. Album kedua "Amanah Remaja" hasil terbitan kami sendiri pula untuk tujuan mencari dana bagi badan-badan Islam dan masjid-masjid di sini di mana sebahagian dari hasil penjualan cd ini kami salurkan kepada pihak-pihak yang menjualkannya. Album ketiga pula yang sering dimainkan di Warna, "Nazam Ma'rifatullah" juga hasil terbitan kami sendiri, ditujukan untuk mencari dana bagi menampung kos pengurusan kelas ma'rifatullah di sini. Album amal keempat kami "Nazam Hakikat" yang akan berada di pasaran tidak lama lagi ini memuatkan 10 buah lagu mengenai Allah dan Rasulullah (saw) di mana melodinya dikarang oleh Hj Hussien Abdul Latiff dan dirakam di studio kami sendiri, NI Productions. Selain dari mencari dana, lagu-lagu dari album-album kami juga digunakan untuk memberi hiburan alternatif bagi masyarakat Islam khususnya buat para remaja kita di mana kami juga menganjurkan program-program belia seperti program motivasi, kursus-kursus seni Islam seperti kursus bacaan Al-Quran berlagu, kursus nasyid, kursus vocal dan kursus bermain alat-alat muzik. Sejauh ini kami telah melatih sebanyak 5 buah kumpulan dari peringkat kanak-kanak hingga ke belia. Jika anda berminat untuk bersama kami dalam kerja-kerja amal kami, sila email kepada kami di admin@nurirsyad.com. Moga budaya nasyid dan kesenian Islam dapat kita sama-sama kekalkan hingga ke generasi-generasi akan datang, Insya Allah. Untuk maklumat lanjut, sila ke :: lelaman rasmi Nur Irsyad (NI). :: lelaman rasmi NI Inspirations. Jangan lupa tuk tinggalkan mesej di Ruang Tetamu NI dan berkongsi pandangan di sini yah! Salam ukhwah dari kami semua warga Nur Irsyad. Wassalam.
Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri dari Kumpulan RabbaniSalam kepada semua peminat nasyid, Tadi pagi saya terima sms mengatakan bahawa Ustaz Asri, penyanyi solo Kumpulan Nasyid Rabbani telah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi. Bagaikan tak percaya, saya pun sms rakan2 di Malaysia dan mereka... more
| ||||||||||||||||||||||||
Salallah 'Ala Muhammad
| ||||||||||||||||||||||||



